SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pesawat SIA A-380 mendarat cemas di New Delhi kerana kebocoran hidraulik

Pesawat SIA A-380 mendarat cemas di New Delhi kerana kebocoran hidraulik

May 9, 2019 | 1:00 PM

Pesawat SIA A-380 mendarat cemas di New Delhi kerana kebocoran hidraulik

a84a352b-e587-4118-bc96-2053427d65ef
-

SATU pesawat Singapore Airlines (SIA) terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di New Delhi pada Rabu (8 Ma), selepas juruterbang melaporkan masalah teknikal yang menjejas muncung pesawat Airbus380.

Memberi pengesahan tentang insiden itu, jurucakap SIA memberitahu The Straits Times bahawa SQ406 mengalami isu sistem hidraulik sebelum tiba di Delhi pada 8 Mei.

Pesawat superjumbo itu mendarat sekitar 8.20 malam, setengah jam lebih lewat daripada yang dijadualkan.

Justeru, ia ditunda ke tempat meletak pesawat, di mana penumpang keluar dari pesawat seperti biasa, kata jurucakap itu.

"Tiada penumpang atau kru berada dalam bahaya dalam penerbangan, kata jurucakap itu.

Sejumlah 203 penumpang dan 25 kru berada dalam pesawat itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg