Topik diikuti
Pergi ke BHkuPesawat SilkAir terpaksa patah balik ke Chiang Mai kerana tingkap yang disyaki retak
Pesawat SilkAir terpaksa patah balik ke Chiang Mai kerana tingkap yang disyaki retak
PESAWAT SilkAir yang dalam perjalan ke Singapura terpaksa berpatah balik di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai semalam kerana tingkap kokpit yang disyaki retak.
Jurucakap Singapore Airlines (SIA), yang mengendalikan pesawat serantau itu, berkata Rabu lalu bahawa kakitangan pesawat MI701 memutuskan untuk berpatah balik sebagai langkah berjaga-jaga, supaya pemeriksaan keselamatan terhadap pesawat A320 itu dapat dilakukan.
Pesawat yang membawa seramai 146 penumpang tiba di Chiang Mai, utara Thailand, pada 1.17 petang waktu tempatan (2.17 petang di Singapura) semalam, menurut jurucakap itu lagi.
Pesawat tersebut dijadualkan untuk tiba di Singapura pada 3.35 waktu tempatan.
Jurucakap itu menambah kerana jurutera memerlukan masa untuk memeriksa isu teknikal tersebut, pesawat pengganti meninggalkan Singapura pada 7.34 malam waktu tempatan untuk ke Chiang Mai semalam.
Pesawat pengganti itu, yang membawa kesemua penumpang dan juga kakitangan, meninggalkan Chiang Mai pada 10.09 waktu tempatan semalam.
Ia tiba di Lapangan Terbang Changi pada 2.18 pagi tadi.