Lebih 90 peserta telah mengambil bahagian dalam Projek Warganegara, sebuah inisiatif anjuran bersama Berita Harian dan Lembaga Warisan Negara (NHB) bersama masyarakat Melayu bagi membentuk Taman Tugu Pengasas (Founder’s Memorial) yang bakal dibuka kelak.

Peserta diajak mengimbau kembali pengalaman membesar di Singapura dengan memilih satu daripada sembilan tema, sebelum mencatat kenangan dan merakam kisah masing-masing.

Sesi di Taman Warisan Melayu pada 26 September itu merupakan sebahagian daripada usaha mengumpulkan pengalaman hidup generasi yang menyaksikan dekad-dekad pembentukan Singapura.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti