Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesilat negara Sheik Ferdous didakwa pandu dalam keadaan mabuk

Jan 17, 2023 | 5:30 AM
DIDAKWA: Ferdous didakwa mempunyai sekurang-kurangnya 93 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas semasa memandu pada 27 November 2022. - Foto fail
DIDAKWA: Ferdous didakwa mempunyai sekurang-kurangnya 93 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas semasa memandu pada 27 November 2022. - Foto fail -

PESILAT negara Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin, yang telah mewakili Singapura beberapa kali dalam sukan itu dan memenangi banyak pingat, berdepan pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut dokumen mahkamah, dia didakwa mempunyai sekurang-kurangnya 93 mikrogram (mcg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) nafas semasa memandu di Cantonment Road menghala ke Keppel Road pada kira-kira 2.30 pagi pada 27 November 2022.

Hadnya ialah 35mcg alkohol dalam 100ml nafas.

Antara banyak pencapaiannya, Sheik Ferdous, 26 tahun, memenangi emas dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia 2018 dan perak pada Sukan SEA 2021.

Beliau juga merupakan salah seorang anak kepada ketua eksekutif Persekutuan Silat Singapura, Dr Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.

Dalam satu kenyataan kepada The Straits Times, persekutuan itu berkata ia tidak terlibat dalam kehidupan peribadi atlet negaranya atau penglibatan mereka dengan pihak luar.

Jurucakap persekutuan itu menambah: "Namun, dengan pertuduhan mahkamah ini, (kami) akan membantu Sheik Ferdous dalam memberikan sebarang sokongan emosi dan mental yang mungkin diperlukannya."

Kesnya telah ditangguhkan ke 14 Februari.

Pesalah kali pertama yang disabitkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk boleh dipenjara sehingga setahun dan denda sehingga $10,000.

Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda sehingga $20,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg