Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesta bayi Shiok di Woodlands 20-21 Julai

Jul 19, 2019 | 4:40 PM
PESTA BAYI: Orang ramai, khususnya ibu bapa baru dan mereka yang bakal menimang cahaya mata, boleh meraih pelbagai pengetahuan berkaitan penjagaan ibu dan bayi sebelum dan selepas bersalin di SHIOK Baby Fest.
PESTA BAYI: Orang ramai, khususnya ibu bapa baru dan mereka yang bakal menimang cahaya mata, boleh meraih pelbagai pengetahuan berkaitan penjagaan ibu dan bayi sebelum dan selepas bersalin di SHIOK Baby Fest. - Foto THE NEW PAPER

IBU bapa baru dan mereka yang bakal menimang cahaya mata boleh meraih pelbagai pengetahuan daripada satu pesta dua hari di Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy yang akan berlangsung esok (20 Julai) dan lusa.

Dinamakan 'SHIOK Baby Fest', acara itu akan menampilkan pelbagai kegiatan keluarga serta ibu dan anak.

Antara lain, hadirin boleh belajar tentang urut dan sengkak, bengkung, tuam, bedong bayi dan banyak lagi.

Mereka juga boleh belajar pelbagai cara untuk menyusukan bayi, tip keselamatan bagi bayi dan bagaimana untuk menangani kecemasan perubatan bayi.

Selain itu, acara itu juga menawarkan ibu bapa pusat sehenti untuk menyertai kursus yang relevan di kelab masyarakat di serata negara, mendapatkan pakej makanan semasa berpantang dan pemeriksaan gigi percuma bagi bayi.

Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, serta Anggota Parlimen lain dari GRC Sembawang akan menyertai penduduk di acara itu lusa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg