Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesta hari lahir tema safari cuit hati warganet

Feb 21, 2024 | 6:12 PM
Sambutan ulang tahun pertama Daniyal Syukri (diusung dan memakai kostum singa) bertemakan safari mencuit hati ramai warganet apabila ia dimuat naik oleh Cik Fatin Ummairah pada 11 Februari.
Sambutan ulang tahun pertama Daniyal Syukri (diusung dan memakai kostum singa) bertemakan safari mencuit hati ramai warganet apabila ia dimuat naik oleh Cik Fatin Ummairah pada 11 Februari. - Foto TIKTOK FATINRIDZZ

Senyuman terukir di wajah budak lelaki yang memakai kostum singa tatkala dia diusung di atas gajah mainan oleh dua individu dewasa.

Di kala budak itu diusung, ‘anak-anak haiwan’ mengiringinya dan berarak ke dewan serbaguna (MPH) sebagai sebahagian daripada acara meraikan ulang tahun.

Gelagat tersebut, yang dimuat naik di TikTok pengguna fatinridzz pada 11 Februari, mencuit hati ramai warganet dan sejauh ini ditonton lebih 120,000 kali.

View post on TikTok

Berkongsi dengan Berita Harian, pemilik akaun tersebut, Cik Fatin Ummairah, berkata acara tersebut diadakan di MPH Blok 229A Simei Street 4 bagi meraikan ulang tahun saudara lelaki si cilik, Daniyal Syukri, berusia setahun.

“Pesta ulang tahun ini dirancang sekitar sebulan dua dan dari mula lagi, ibu bapa Daniyal inginkan pesta bertemakan safari untuk anak lelaki mereka.

“Jadi dari situ, kami mula buat perancangan penuh (untuk pesta ini).”

Menurut wanita berusia 22 tahun itu, sebahagian besar daripada anggota keluarga sudah ada kostum berunsur haiwan dan hanya sebilangan yang menyewanya.

Beliau menambah pesta tersebut diadakan di MPH memandangkan anggota keluarga dan sahabat handai amat besar.

“Ada sekitar 150 orang hadir kerana kami menjemput anggota keluarga dan sahabat di kededua belah pihak ibu bapa budak itu,” katanya.

Sekitar $2,500 dibelanjakan anggota keluarga dan ibu bapa si cilik – meliputi pakej dekorasi, sewa kerusi, meja dan lain-lain – untuk menjayakan acara itu.

Acara sedemikian merupakan salah satu daripada pelbagai majlis bagi menghimpunkan keluarga besarnya, jelasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg