Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesta Kesihatan 2020 tawar program dan kegiatan dalam talian

Aug 13, 2020 | 8:16 PM
 Sesi Sembang Sihat akan berlangsung dari 9 hingga 10 malam dan boleh ditonton di Facebook Wisma Geylang Serai (WGS).
Sesi Sembang Sihat akan berlangsung dari 9 hingga 10 malam dan boleh ditonton di Facebook Wisma Geylang Serai (WGS). - WGS

PESTA Kesihatan kembali buat kali kedua tahun ini dengan pelbagai program dan kegiatan dalam talian yang boleh diikuti dan disertai dari keselesaan rumah masing-masing. Acara kesihatan dan kecergasan anjuran Wisma Geylang Serai (WGS) itu akan diadakan pada 16 Ogos dan terdiri daripada sesi senaman secara langsung pada sebelah pagi diikuti cabaran memasak dan program sembang pada sebelah malam di Facebook WGS. Dari 9 hingga 10 pagi, orang ramai boleh mengikuti edisi Zoom Senam Senam Pasar dengan sesi senaman Bollydance bimbingan jurulatih dari Nawal Haddad Fitness. Dari 9 hingga 10 malam pula, sesi Sembang Sihat akan memaparkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang akan menyingkap Pesta Kesihatan pertama tahun lalu dan mengongsi apa yang boleh dijangkakan bagi pesta tahun ini. Penekanan kuat akan dibuat ke atas pentingnya bersikap bertanggungjawab untuk memastikan pandemik Covid-19 dapat dibendung. Seterusnya, satu cabaran memasak akan diadakan memaparkan finalis Kek Champion Muzammil dan Sartina yang akan bersaing untuk menyediakan sajian sihat. Ini akan diikuti wawancara bersama pengamal perubatan umum dari Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Dr Elly Sabrina, dan pengasas Club Heal, Dr Radiah Salim, yang akan bercakap tentang situasi Covid-19 kini serta pentingnya menjaga kesihatan mental dalam keadaan ini. Orang ramai juga akan dapat mendengar perkongsian daripada bekas pesakit Covid-19, Muhammad Jawad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg