BAGI membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, Pesta Pembelajaran tahun ini memenuhi keperluan setiap peringkat usia.
Pesta Pembelajaran yang juga diadakan sempena ulang tahun Yayasan Mendaki yang ke-35, menyajikan pelbagai kegiatan menarik untuk seisi keluarga, bertujuan untuk mencetus daya kreativiti serta minat dalam mempelajari kemahiran baru agar dapat kekal relevan di abad ke-21 ini.
Bertemakan 'Teroka Hari Esok, Hari Ini', pesta pembelajaran yang sedang berlangsung di Our Tampines Hub (OTH)hingga 6 petang nanti, mempunyai beberapa astaka pembelajaran seperti Astaka Siap ke Sekolah, Astaka Siap Sedia untuk Masa Depan dan Astaka SkillsFuture. Pesta tahun ini juga memberi lebih tumpuan kepada pembelajaran dan penggunaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematiks (STEAM).
Ia mengentengahkan beberapa pameran selaras dengan penggunaan teknologi seperti pembelajaran menggunakan koding dan membina alat robotik.
Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim turut meraikan acara tersebut selaku tetamu terhormat.
Acara hari ini turut disokong Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) bersama Berita Harian (BH) sebagai rakan media.
Tiada bayaran masuk dikenakan bagi Pesta Pembelajaran yang akan berlangsung di OTH hingga 6 petang.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg