Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesta Penulis Singapura kenang arwah Zaidy

Nov 3, 2018 | 4:34 PM
BERI PENGHORMATAN: Kumpulan dikir barat 22 Andir Purba dan Pak Nobat menyampaikan persembahan yang digubah pelopor seni dikir barat Singapura, Allahyarham Zaidy Nandir, di majlis pembukaan Pesta Penulis Singapura (SWF) tahun ini.
BERI PENGHORMATAN: Kumpulan dikir barat 22 Andir Purba dan Pak Nobat menyampaikan persembahan yang digubah pelopor seni dikir barat Singapura, Allahyarham Zaidy Nandir, di majlis pembukaan Pesta Penulis Singapura (SWF) tahun ini. - Foto MCCY

KUMPULAN dikir barat 22 Andir Purba dan Pak Nobat memberi penghormatan kepada pelopor seni dikir barat Singapura, Allahyarham Zaidy Nandir, dengan satu persembahan yang menyentuh hati di majlis pembukaan Pesta Penulis Singapura (SWF) di Panggung Victoria semalam (2 November).

Allahyarham meninggal dunia akibat barah Julai lalu.

Beliau seorang aktivis penting dalam dunia dikir barat tempatan yang banyak menyumbang kepakarannya kepada para penggiat dikir barat.

SWF dianjurkan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan majlis pembukaannya semalam dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pengangkutan) Baey Yam Keng selaku tetamu terhormat.

Selain persembahan dikir barat itu, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan oleh pemuzik dan penulis tanah air Kelvin Tan yang menyampaikan lagu tema SWF tahun ini, Jie, dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu, Tamil, Hokkien dan Cantonese.

Sempena SWF tahun ini juga, satu acara Malam Sastera V: Kekata Kelkatu - Satu Kembara Seni akan berlangsung di Panggung Victoria malam ini, sebagai menghargai sumbangan besar Allahyarham Zaidy kepada seni dikir barat tanah air dan pengembangan bahasa dan sastera Melayu di sini.

Allahyarham Zaidy turut dikenali dengan nama pena 'Kelkatu'.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg