Pesta Taman Singapura kembali selepas 4 tahun di Orchard Road, Kebun Bunga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesta Taman Singapura kembali selepas 4 tahun di Orchard Road, Kebun Bunga

Jun 2, 2022 | 5:30 AM

Pesta Taman Singapura kembali selepas 4 tahun di Orchard Road, Kebun Bunga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
f30a51c7-3034-44d9-a726-4bfc5c9759fe
-

ORANG ramai yang berkunjung ke pusat beli-belah Ion Orchard mulai 30 Julai hingga 7 Ogos ini akan tertawan dengan seni pemasangan bunga yang dipaparkan sempena Pesta Taman Singapura (SGF) yang kembali selepas empat tahun menyepikan diri.

SGF dianjurkan Lembaga Taman Negara (Nparks) dengan tahun ini merupakan edisi kelapan pesta tersebut yang akan berlangsung di Ngee Ann City dan Kebun Bunga Singapura.

Nparks berkata semalam ini adalah kali pertama pesta itu akan berlangsung di Orchard Road bagi mendekati lebih ramai pengunjung.

Pengarah penyelaras acara dan pameran di Nparks, Encik Dennis Lim, berkata seronok untuk membawa semula pesta ini dan mengadakannya di lokasi baru.

"Kami bercadang membawa acara ini ke kawasan pusat beli-belah utama Singapura, Orchard Road, dan Kebun Bunga Singapura.

"Pandemik ini telah membawa pada meningkatnya minat terhadap kehijauan dan alam semesta, dan tambahan Orchard Road (pada lokasi SGF) yang sangat berhampiran Kebun Bunga Singapura, membolehkan kami mendekati penonton baru dan menjadikan pesta ini lebih mudah dikunjungi ramai," tambahnya.

Encik Lim menambah, SGF yang diadakan dua tahun sekali berlangsung di Pusat Konvensyen Suntec antara 2004 dengan 2010 sebelum berpindah ke Gardens by the Bay antara 2014 dengan 2018 agar pengunjung boleh mengalami pengalaman taman menghijau di luar dan dalam.

"Kami mendapati lebih 600,000 pengunjung datang ke SGF bagi edisi pesta sebelum ini pada 2018," tambahnya.

Sebagai tambahan pada acara pesta tahun ini, mereka yang berminat menjadi pengendali kedai bunga, pencinta gubahan bunga atau penggubah bunga profesional boleh berhimpun bersama untuk menghasilkan gubahan bunga bagi cabaran Fiesta Bunga: Gubahan Bunga.

Pertandingan ini akan diadakan di Besmen 4, Ion Orchard. Hasil usaha pemenang peraduan 'Community Garden Edibles' yang mengiktiraf kebolehan individu yang suka bercucuk tanam buah-buahan dan sayur-sayuran di Singapura termasuk hasil tanaman unik dan jarang kelihatan juga akan dipersembahkan.

Di pusat beli-belah Ngee Ann City pula, plot tanaman oleh enam penggubah bunga yang memenangi anugerah sebelum ini akan dipertandingkan bagi acara 'Show Garden'.

Di Kebun Bunga, pelbagai acara diadakan termasuk peraduan anggerik yang memaparkan lebih 400 jenis anggerik yang jarang kelihatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg