Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesuruhjaya Amal larang pasangan yang tipu penderma daripada buat rayuan pungut derma

Oct 12, 2018 | 4:59 PM
DILARANG BUAT RAYUAN PUNGUT DERMA: Noryana Mohamed Salleh dan teman lelakinya, Rajzaed Sedik, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 36 minggu kerana mencuri dan menipu.
DILARANG BUAT RAYUAN PUNGUT DERMA: Noryana Mohamed Salleh dan teman lelakinya, Rajzaed Sedik, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 36 minggu kerana mencuri dan menipu. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SATU pasangan yang dikenakan hukuman penjara kerana memperdayakan para penderma melibatkan sumbangan hampir $10,000 kononnya bagi Persatuan Belia Bedok bagi Insan Kurang Upaya (BYSD), dilarang daripada melakukan sebarang rayuan derma amal mulai hari ini (12 Oktober).

Pesuruhjaya Amal (COC) mengeluarkan perintah larangan di bawah Akta Amal itu terhadap Noryana Mohamed Salleh, 37 tahun, dan teman lelakinya Rajzaed Sedik, 40 tahun, yang merupakan bekas pekerja badan kebajikan sukarela (VWO) berkenaan.

Dalam kenyataannya, COC menyatakan bahawa larangan terhadap Noryana, bekas telemarketer derma, dan Rajzaed, pekerja pemungut sumbangan daripada orang ramai itu, berkuatkuasa mulai hari ini.

Mei lalu, pasangan itu masing-masing dijatuhi hukuman penjara 36 minggu kerana mencuri dan menipu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg