Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesuruhjaya Tinggi S'pura ke Britain bidas artikel tentang hubungan kaum di SG

Aug 21, 2021 | 5:30 AM
PERIHAL KEHARMONIAN KAUM: Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Britain, Encik Lim Thuan Kuan, telah membidas satu artikel majalah The Economist mengenai hubungan dah keharmonian antara kaum di negara ini, yang antara lain mengatakan bahawa "Pemerintah mengawal imigresen untuk memastikan campuran kaum terus stabil, yang mendatangkan kesan di mana penguasaan etnik Cina dikekalkan". - Foto TANGKAP LAYAR LAMAN THE ECONOMIST
PERIHAL KEHARMONIAN KAUM: Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Britain, Encik Lim Thuan Kuan, telah membidas satu artikel majalah The Economist mengenai hubungan dah keharmonian antara kaum di negara ini, yang antara lain mengatakan bahawa "Pemerintah mengawal imigresen untuk memastikan campuran kaum terus stabil, yang mendatangkan kesan di mana penguasaan etnik Cina dikekalkan". - Foto TANGKAP LAYAR LAMAN THE ECONOMIST -

SATU artikel The Economist mengenai hubungan dah keharmonian antara kaum di Singapura telah dibidas oleh Encik Lim Thuan Kuan, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Britain.

Dalam suratnya yang diterbitkan oleh majalah itu di laman webnya, Encik Lim berkata pembaca artikel berjudul "Imperfect Harmony - Racial prejudice rears its head in Singapore" itu tidak akan dapat mengagak Singapura lahir sebagai negara merdeka kerana pemimpinnya enggan menerima aturan politik yang berdasarkan kuasa satu kaum dominan.

Menambah, beliau berkata selepas berpisah dari Malaysia - di mana majoritinya adalah kaum Melayu - pada 1965, laluan paling mudah bagi Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew dan rakan seangkatannya adalah untuk mengasaskan kesahan politik pada majoriti Cina di Singapura.

Namun, melawan arus dan dengan keberanian yang hebat, mereka bertekad untuk membina tatanegara berbilang kaum, kata Encik Lim.

Beliau berkata demikian dalam respons kepada artikel yang diterbitkan pada 31 Julai itu, yang menyatakan cauvinisme Cina wujud secara mendalam di Singapura dan keadaan tegang antara kaum di sini telah dikekang selama beberapa dekad.

Artikel itu berkata:

"Pemerintah mengawal imigresen untuk memastikan campuran kaum terus stabil, yang mendatangkan kesan di mana penguasaan etnik Cina dikekalkan."

Menyangkal dakwaan itu, Encik Lim berkata pemimpin pengasas Republik ini memilih bahasa Inggeris dan bukan Cina sebagai bahasa utama dalam pemerintah dan pendidikan, dan memberikan setiap kumpulan kaum, agama dan bahasa kebebasan untuk membangun warisan dan budaya masing-masing.

"Mereka tidak menguatkuasakan penguasaan majoriti Cina, tetapi sebaliknya melindungi hak minoriti," kata Enncik Lim, yang menambah Majlis Presiden bagi Hak Minoriti telah diberi kuasa veto bagi sebarang undang-undang yang bersikap diskriminasi terhadap sebarang kumpulan kaum atau agama.

Buat masa ini, tujuh daripada 20 menteri Kabinet adalah dari kumpulan minoriti.

Selain itu, Ketua Hakim dan sembilan daripada 33 hakim di Mahkamah Agung adalah dari kumpulan minoriti.

Encik Lim juga berkata orang Melayu, India dan Serani telah menjawat jawatan kanan dalam semua tiga cabang pemerintah, termasuk dalam angkatan bersenjata.

Beliau akur keharmonian berilang kaum di Singapura adalah satu usaha yang masih dijalankan dan berkata:

"Sebagaimana di masyarakat berbilang kaum yang lain, adalah lebih sukar bagi seseorang dari kaum minoriti di Singapura berbanding seseorang dari kaum majoriti, dan ada perbezaan dari segi pencapaian sosial dan ekonomi antara kumpulan etnik," kata Encik Lim.

"Namun kesemuanya telah maju secara ketara dari tahun ke tahun."

"Dengan berusaha tanpa putus bagi keharmonian berbilang kaum, kami telah mengelak persengketaan antara kaum dan agama yang telah memberi masalah kepada banyak negara lain yang keluar dari penjajahan, dan dari sudut ini, termasuk Amerika dan Britain juga," kata beliau lagi.

"Dengan berusaha tanpa putus bagi keharmonian berbilang kaum, kami telah mengelak persengketaan antara kaum dan agama yang telah memberi masalah kepada banyak negara lain yang keluar dari penjajahan, dan dari sudut ini, termasuk Amerika dan Britain juga." - Encik Lim Thuan Kuan, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Britain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg