Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Peta digital ‘bantu’ elak sesak di Orchard Road semasa sambutan Krismas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peta digital ‘bantu’ elak sesak di Orchard Road semasa sambutan Krismas

Dec 19, 2023 | 04:55 PM



Sebelum anda berkunjung ke Orchard Road pada 24 Disember ini untuk melihat-lihat perayaan malam Krismas yang diterangi cahaya lampu berkelipan atau membeli-belah, anda sebaiknya melihat peta digital terlebih dahulu.

Ini bagi mengelakkan kesesakan di kawasan tertentu sepanjang Orchard Road.

Peta digital dalam masa nyata itu akan memaklumkan mengenai tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

Peta digital di https://go.gov.sg/crowd-at-orchard-road itu turut mencadangkan tempat alternatif yang kurang sesak.


Ia akan disediakan mulai 6 petang pada 24 Disember.

Dalam satu kenyataan pada 19 Disember, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata, langkah-langkah keselamatan akan dilaksanakan pada malam itu.

Untuk itu, SPF akan mengerahkan lebih ramai anggota polis, anggota polis tambahan dan pegawai keselamatan untuk mengawal kesesakan di sekitar Orchard Road pada malam Krismas bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Anggota polis dari Komand Keselamatan Perlindungan, Komand Keselamatan Pengangkutan, Pasukan Respons Kecemasan (ERT) dan Komand Operasi Khas (SOC) akan membuat rondaan yang dipertingkat di sekitar kawasan tersebut, tambah kenyataan itu.

Penghalang untuk mengawal trafik dan tanda arah juga akan disediakan agar orang ramai boleh bergerak dengan lebih selamat dan teratur. 

Kakitangan keselamatan akan turut menjalankan pemeriksaan rambang ke atas beg dan barangan peribadi. Orang ramai diminta memberi kerjasama.

Memandangkan stesen MRT Orchard dijangka sesak, “orang ramai dinasihatkan mengguna stesen MRT Somerset untuk mengurangkan masa menunggu atau mengguna pilihan pengangkutan awam lain,” kata polis.

Bagi membantu aliran trafik, jalan raya tertentu termasuk sebahagian Orchard Road antara Scotts Road dengan Bideford Road, akan ditutup dari 6 petang pada 24 Disember hingga 2 pagi pada 25 Disember.

Disebabkan penutupan jalan raya, beberapa perkhidmatan bas termasuk 7, 14, 16, 65, 111, 123 dan 124 akan terjejas dari 6 petang hingga tamat waktu operasi bas pada 24 Disember.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih bertimbang rasa dan mengelak daripada melakukan kegiatan yang boleh menyebabkan gangguan atau menimbulkan risiko keselamatan kepada orang lain.

Mereka turut menasihatkan agar berhati-hati dan mengambil beberapa langkah mencegah jenayah, seperti menjaga barang peribadi pada setiap masa.

Selain itu, mereka diminta berhati-hati apabila didekati orang tidak dikenali, mengelak daripada membawa jumlah wang yang banyak atau memakai barang kemas secara berlebihan.

Polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mendekati mana-mana kumpulan perusuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >