Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peter Lim 'belanja makan' $1j untuk pekerja perubatan barisan hadapan

May 9, 2020 | 10:00 AM
HARGAI SUMBANGAN KAKITANGAN PERUBATAN: Encik Peter Lim, akan menanggung perbelanjaan makanan bernilai $1 juta bagi kakitangan hospital dalam usahanya menyatakan penghargaan dan sokongan atas kerja yang dilakukan golongan sektor perubatan itu. 
HARGAI SUMBANGAN KAKITANGAN PERUBATAN: Encik Peter Lim, akan menanggung perbelanjaan makanan bernilai $1 juta bagi kakitangan hospital dalam usahanya menyatakan penghargaan dan sokongan atas kerja yang dilakukan golongan sektor perubatan itu.  - - Foto: FAIL

Ahli perniagaan, Encik Peter Lim, akan menanggung perbelanjaan makanan bernilai $1 juta bagi kakitangan hospital dalam usahanya menyatakan penghargaan dan sokongan atas kerja yang dilakukan golongan sektor perubatan itu.

Sekurang-kurangnya 20,000 pekerja akan menerima baucar makanan yang boleh digunakan di lebih 160 pusat makanan, termasuk Kopitiam, Foodfare dan Fei Siong.

Keutamaan akan diberikan, antara lain, kepada kakitangan penjagaan kebersihan, penjagaan pesakit dan pemandu ambulans, golongan yang Encik Lim anggap sebagai wira tidak didendangkan.

Dalam kenyataannya semalam, beliau berkata, kerja mereka jarang kelihatan, tetapi tidak kurang penting sebagai respons di barisan hadapan.

"Beliau berharap makanan ini akan meningkatkan semangat pekerja penjagaan kesihatan ini dan memberi mereka sedikit keselesaan dalam waktu sukar ini," menurut kenyataan itu.

Mereka boleh menggunakan baucar itu mengikut masa mereka sendiri.

Penerima baucar makanan ini adalah kakitangan Hospital Alexandra, Hospital Besar Changi, Hosoital Khoo Teck Puat, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, Hospital Universiti Nasional, Hospital Besar Ng Teng Fong, Hospital Besar Sengkang, Hospital Besar Singapura, Hospital Tan Tock Seng Hospital dan Pusat Penyakit Berjangkit Nasional. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg