Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

P&G, FairPrice sumbang 500 pek penjagaan sempena Hari Ibu

May 10, 2020 | 8:00 AM
HARGAI IBU: Cik Chan Kam Ling, ibu kepada atlet Olimpik Khas, Jeremy Yeo Zhi Hui, bersama pek penjagaan P&G.
HARGAI IBU: Cik Chan Kam Ling, ibu kepada atlet Olimpik Khas, Jeremy Yeo Zhi Hui, bersama pek penjagaan P&G. - - Foto ihsan CIK CHAN KAM LING

SEBAGAI sebahagian daripada kempen Terima Kasih, Mak, syarikat Procter & Gamble (P&G) berkata ia menjalin kerjasama dengan rangkaian pasar raya NTUC FairPrice dan menyumbangkan 500 habuan penjagaan kepada ibu-ibu atlet Olimpik Khas Singapura sepanjang hujung minggu 8 hingga 10 Mei ini.

Habuan itu, yang keseluruhannya bernilai $50,000 mengandungi barangan seperti krim muka dan makanan seperti beras, minyak masak dan susu. Ia dihantar secara langsung ke rumah penerima.

Bagi Cik Chan Kam Ling, yang anaknya, Jeremy Yeo Zhi Hui, bertanding dalam atletik dan renang, ia merupakan satu perkara yang dapat mengalih pandangannya seketika dari pandemik koronavirus.

Katanya: Hari Ibu adalah perkara terakhir dalam fikiran saya dan kami tidak ingat hari ini hari apa. Bila pakej tiba, tiba-tiba ia seakan seseorang mengingati kami para ibu."

Naib Presiden P&G untuk Singapura, Malaysia dan Vietnam, Encik Shankar Viswanathan, memberi penghargaan kepada usaha para ibu bapa seperti Cik Chan. Katanya: "Meskipun kami menghargai ibu atas kasih sayang, cinta dan sokongan tidak berbelah bagi - kami membantu mereka untuk menjaga diri mereka dan keluarga semasa masa mencabar ini."

Selain habuan penjagaan itu, P&G juga menyumbang $20,000 kepada Olimpik Khas Singapura. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg