Premium
Piawaian lebih tinggi bagi pegawai keselamatan swasta
Pegawai yang malas, tidur semasa waktu kerja atau datang kerja dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan lebih serius mulai 1 Jan depan
Dec 24, 2018 | 5:30 AM
TINGKAT PIAWAIAN: Pihak polis mengambil langkah mengukuhkan denda yang dikenakan kepada mereka yang tidak bersikap profesional demi meningkatkan piawaian industri tersebut dan juga pertahanan Singapura. - Foto fail -
PEGAWAI keselamatan swasta yang malas, tidur semasa waktu kerja atau datang kerja dalam keadaan mabuk mungkin hadapi denda lebih serius mulai tahun depan.
Ini selepas pihak polis mengambil langkah mengukuhkan denda yang dikenakan kepada mereka yang tidak bersikap profesional demi meningkatkan piawaian industri tersebut dan juga pertahanan Singapura.

