Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pilihan Raya Presiden 2023: Jumlah pusat undi ditambah 15%

Jul 24, 2023 | 12:00 PM
CAP BARU: Cap-X baru lebih lebar bentuknya dan lebih mudah untuk digunakan bagi menandakan calon pilihan pengundi di kertas undi.
CAP BARU: Cap-X baru lebih lebar bentuknya dan lebih mudah untuk digunakan bagi menandakan calon pilihan pengundi di kertas undi. - Foto ST

Pengundi bagi Pilihan Raya Presiden 2023 boleh menjangkakan proses pengundian yang lebih pantas dan cekap dengan lebih banyak pusat mengundi diperkenalkan serta peningkatan lain yang dibuat kepada aturan pengundian.

Mengumumkan perubahan tersebut pada Isnin, Jabatan Pilihan Raya berkongsi bahawa jumlah pusat mengundi akan dinaikkan kira-kira 15 peratus daripada 1,097 sewaktu pilihan raya umum pada 2020 kepada 1,264 bagi Pilihan Raya Presiden 2023.

Ini lantas mengurangkan jumlah pengundi yang disalurkan ke pusat mengundi sebanyak kira-kira 10 peratus daripada purata 2,400 kepada 2,150.

Dalam pada itu, pusat mengundi akan dilengkapi dengan lebih banyak kaunter pendaftaran serta kertas undi bagi mengurangkan waktu menunggu bagi pengundi, kata Jabatan Pilihan Raya yang akan meningkatkan jumlah pegawai sebanyak 20 peratus iaitu daripada 30,000 kepada 36,000.

Pengundi juga boleh menyemak status beratur menerusi cara yang lebih mudah.

Sewaktu hari mengundi, pengundi hanya perlu mengimbas kod QR di kad undi mereka yang akan dikirimkan kepada mereka setelah Hari Pencalonan, sekiranya pilihan raya ditandingi, kata ELD.

Ini di samping menggunakan pautan di kad ePoll mereka dan melungsuri laman ELD.

Jabatan itu juga akan memperkenalkan Cap-X baru yang bentuknya lebih lebar dan lebih mudah untuk digunakan sebagai cap di kertas bagi menandakan calon pilihan pengundi.

ELD berkata peningkatan ini dibuat setelah mereka mendapati terdapat kekeliruan dalam kalangan pengundi sewaktu pilihan raya umum 2020 di mana Pena-X diperkenalkan.

Sesetengah pengundi pada waktu itu salah faham dan cuba menulis ‘X’ di kertas undi mereka walaupun pena tersebut bertujuan berfungsi sebagai cap, kata ELD.

Terdapat tiga calon presiden buat masa ini – mantan menteri kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam; usahawan, Encik George Goh; dan mantan ketua pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song – yang berhasrat untuk bertanding.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg