Premium
Pilot muda cemerlang...
May 14, 2017 | 5:30 AM
CITA-CITA TERCAPAI JUA: Pelajar Politeknik Temasek, Encik Ameerhan Amran, adalah satu-satunya anak Melayu antara 33 pelajar yang mendapat lesen penerbangan swasta (PPL) dari Kelab Penerbangan Belia Singapura semalam. Beliau turut diiktiraf Anugerah Penerbangan Cemerlang ST Aerospace Engineering. - Foto KHALID BABA -
PERASAAN gementar bercampur ghairah menusuk jiwa Encik Ameerhan Amran, 19 tahun, tatkala beliau melakukan penerbangan solo pertamanya pada hari terakhir Ramadan tahun lalu.
Encik Ameerhan, lulusan diploma jurusan perkhidmatan dan pengurusan penerbangan dari Politeknik Temasek, berasa gemuruh kerana beliau perlu ingat dan melakukan pelbagai perkara semasa mengendalikan pesawat ringan Diamond Star DA40.

