Premium
Pilot RSAF jaya terbang tinggi genggam ijazah
Jul 6, 2018 | 5:30 AM

TAMAT MISI: Kapten Iskandar berjaya meraih ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Sains Politik dengan Perhubungan Antarabangsa selepas pengajian selama lebih dua tahun di Universiti British Columbia. - Foto FACEBOOK ISKANDAR MUHAMMAD -
JURUTERBANG jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Kapten Muhammad Iskandar Dzulfadhli Abdul Rahman, telah berjaya dalam satu 'misi' baru-baru ini - tetapi bukan misi udara tetapi misi mengikuti pengajian di Canada.
Berkongsi berita gembira itu menerusi laman Facebook beliau semalam, Kapten Iskandar, 30 tahun, berkata pengajiannya di Universiti British Columbia (UBC) kini sudah berakhir.

