Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pinda Amla: MCCY minta maklum balas masyarakat

Nov 17, 2023 | 5:25 PM
TERANGKUM DI BAWAH AMLA: Pindaan Amla yang dicadangkan bertujuan mengemas kini peruntukan yang mengawal proses dan operasi institusi Islam berkanun termasuk Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Muslim (ROMM).
TERANGKUM DI BAWAH AMLA: Pindaan Amla yang dicadangkan bertujuan mengemas kini peruntukan yang mengawal proses dan operasi institusi Islam berkanun termasuk Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Muslim (ROMM). - Foto ST

Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) mengalu-alukan maklum balas daripada orang ramai mengenai cadangan pindaan Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla).

Orang ramai boleh berkongsi maklum balas mereka di https://go.gov.sg/amla-consult dari sekarang hingga 6 petang, 30 November.

Menurut satu kenyataan MCCY pada Jumaat, pemerintah, yang menjalankan rundingan dengan rakan kongsi masyarakat dan pihak berkepentingan, sentiasa menyemak Amla untuk memastikan perundangan tersebut sentiasa dikemas kini dengan program dan proses baru, serta memenuhi keperluan masyarakat Islam.

Pindaan yang dicadangkan itu bertujuan mengemas kini peruntukan yang mengawal proses dan operasi institusi Islam berkanun, iaitu Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mahkamah Syariah (SYC), dan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).

Pindaan utama yang dicadangkan akan meliputi tiga bidang.

Pertama, untuk membolehkan Muis mentadbir fungsi dan tugasnya dengan lebih baik untuk menyokong masyarakat Islam.

Kedua, membolehkan pendigitalan lanjut proses ROMM dan SYC.

Ketiga, mengemas kini peruntukan pentadbiran berkaitan ROMM dan SYC.

MCCY sedang mendapatkan maklum balas daripada orang ramai mengenai cadangan pindaan tersebut.

Butirannya boleh didapati dalam kertas perundingan yang tersedia di laman web unit maklum balas pemerintah, Reach, di https://go.gov.sg/amla-consult.

MCCY akan menyemak semua maklum balas yang dikemukakan semasa perundingan dan memperhalusi pindaan jika sesuai.

Ringkasan MCCY terhadap maklum balas utama yang diterima akan diterbitkan di laman sesawang Reach selepas perundingan ditutup.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg