Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pinjaman rumah rangsang kenaikan jumlah pinjaman bank

Jan 30, 2021 | 5:30 AM
ac997c33-9877-451b-be85-16d456d52246
-

PINJAMAN bank Singapura meningkat bagi bulan kedua berturut-turut pada Disember kerana pertumbuhan pinjaman perumahan yang berterusan, menurut data daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Pinjaman melalui unit perbankan domestik - yang merangkumi pinjaman dalam semua mata wang, tetapi mencerminkan terutamanya pinjaman dolar-Singapura - naik 0.3 peratus menjadi $678.72 bilion pada Disember - berbanding $676.67 bilion pada November.

Pinjaman pengguna meningkat 0.5 peratus bulan ke bulan kepada $259.62 bilion pada Disember, didorong oleh kenaikan pinjaman perumahan yang stabil untuk bulan keempat berturut-turut kepada $201.36 bilion.

Ini disebabkan kenaikan harga rumah privet di Singapura, lapor The Business Times.

Data terkini daripada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menunjukkan bahawa harga rumah privet baru naik 2.1 peratus pada suku keempat 2020 daripada tiga bulan sebelumnya, kenaikan suku tahun tertinggi dalam lebih dua tahun.

Bagi keseluruhan 2020, indeks harga naik 2.2 peratus, kurang sedikit berbanding kenaikan 2.7 peratus pada 2019.

Pinjaman kepada perniagaan turut meningkat pada Disember, naik 0.2 peratus bulan ke bulan kepada $419.12 bilion.

Sementara itu, pinjaman keseluruhan bank tahun demi tahun turun 2 peratus pada Disember lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg