Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Planet Zuhrah yang berkerdipan 'hiasi' langit malam...

Mar 26, 2023 | 5:30 AM
HIASI LANGIT MALAM: Pemandangan bulan sabit diiringi planet Zuhrah menghiasi langit malam pada Jumaat, 24 Mac. - Foto ST
HIASI LANGIT MALAM: Pemandangan bulan sabit diiringi planet Zuhrah menghiasi langit malam pada Jumaat, 24 Mac. - Foto ST -

RAMAI yang menjenguk ke langit malam pada Jumaat, 24 Mac, mungkin terpesona dengan pemandangan bulan sabit yang diiringi 'bintang' berkerdipan.

Namun, cahaya itu sebenarnya terbit dari planet Zuhrah (Venus), objek semula jadi paling terang yang boleh dilihat di langit dengan mata kasar, selain matahari dan bulan.

Sedang bulan dan planet Zuhrah kelihatan berdekatan dengan satu sama lain, jarak antara mereka sebenarnya berjuta kilometer.

Jarak bulan dari bumi ialah sekitar 375,700 kilometer, manakala jarak Zuhrah dari bumi ialah 185,000,000 kilometer.

Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Nasional (Nasa) Amerika Syarikat berkata Zuhrah dan Musytari (Jupiter) - planet terbesar dalam sistem suria - kelihatan di bahagian barat pada awal Mac.

Laman web Nasa berkata: "Dalam sistem suria kita, konjungsi kerap berlaku antara planet kerana planet mengorbit mengelilingi matahari dalam kira-kira satah yang sama - satah ekliptik - dan dengan itu mempunyai laluan yang serupa merentasi langit kita."

Bagaimanapun, kedua-dua planet akan kelihatan seperti semakin renggang hari demi hari, kata Nasa lagi.

Ia berkata: "Zuhrah akan kelihatan lebih tinggi di langit setiap malam untuk beberapa bulan akan datang, manakala Musytari kelihatan terbenam selepas matahari.

"Planet gergasi itu (Musytari) kelihatan lebih rendah di langit setiap malam sepanjang Mac, dan perlahan-lahan akan luput dari pandangan dalam langit malam."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg