Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Platform di stesen Marina Bay di Laluan Circle ditutup 15 Mei hingga 1 Jun

Apr 15, 2021 | 6:21 PM
Platform di stesen Marina Bay di Laluan Circle akan ditutup dari 15 Mei hingga 1 Jun untuk membolehkan kerja-kerja mengeluarkan sebahagian trek yang tidak digunakan. - Foto Internet/Land Transport Guru
Platform di stesen Marina Bay di Laluan Circle akan ditutup dari 15 Mei hingga 1 Jun untuk membolehkan kerja-kerja mengeluarkan sebahagian trek yang tidak digunakan. - Foto Internet/Land Transport Guru -

SALAH satu daripada dua platform di stesen Marina Bay di Laluan Circle akan ditutup dari 15 Mei hingga 1 Jun untuk membolehkan kerja-kerja mengeluarkan sebahagian trek yang tidak digunakan.

Pengendali rel SMRT berkata ia tidak menjangkakan sebarang impak pada perkhidmatan kereta api disebabkan penutupan tersebut.

SMRT juga berkata ia akan meletakkan tanda untuk membantu penumpang.

"Sekiranya terdapat kelewatan antara Marina Bay dan stesen Promenade, papan tanda stesen akan tersedia dan pengumuman akan dibuat di Circle Line," tambah SMRT.

Laluan berlebihan yang tidak lagi digunakan itu menuju kemudahan penyelenggaraan sementara berhampiran stesen Bayfront, kata SMRT.

Ia akan mulakan kerja-kerja mengeluarkan trek itu pada Ahad ini. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg