Premium
PM Canada luang masa di Pusat Makanan Adam Road
Nov 17, 2018 | 5:30 AM

TEMU WARGA SINGAPURA: Encik Justin Trudeau (berdiri, tengah) berbual dengan beberapa warga Singapura di Pusat Makanan Adam Road pagi semalam. - Foto BH oleh MARK CHEONG -
PERDANA Menteri Canada, Encik Justin Trudeau 'singgah' di Pusat Makanan Adam Road semalam untuk beramah dengan orang ramai dan juga menikmati air limau di sana.
Beliau tiba sekitar 7.45 pagi dan langsung menuju ke Adam Drinks Stall untuk memesan secawan air limau. Beliau kemudian mengelilingi pusat makanan tersebut untuk beramah dengan beberapa kumpulan orang ramai yang sedang menikmati sarapan mereka.

