Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Jepun ucap takziah atas pemergian mendiang S R Nathan

Aug 25, 2016 | 12:06 PM
Papan takziah di Istana untuk membolehkan orang ramai menyampaikan penghormatan kepada mendiang mantan presiden S R Nathan.
Papan takziah di Istana untuk membolehkan orang ramai menyampaikan penghormatan kepada mendiang mantan presiden S R Nathan. - GAMBAR THE STRAITS TIMES

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, bagi pihak kerajaan Jepun, mengucapkan takziah pada Rabu (24 Ogos) kepada keluarga mendiang mantan presiden S R Nathan dan rakyat Singapura di atas pemergian beliau.

Kerajaan Jepun, dalam satu kenyataan di laman web Kementerian Luarnya, juga mengingati mendiang Encik Nathan bagi sumbangan beliau ke arah hubungan positif panjang antara Jepun dan Singapura, termasuk lawatan negara beliau ke negara ini pada 2009.

Ia menonjolkan tindakan mendiang, semasa menjadi pengarah di Kementerian Pertahanan Singapura, bagi mengelakkan pertumpahan darah semasa kejadian rampasan feri Laju pada 1974.

Kenyataan itu juga menyifatkan mendiang sebagai "asas perpaduan dalam kalangan rakyat Singapura" yang menyumbang secara besar-besaran kepada kestabilan dan kemakmuran Republik itu.

Ia berkata beliau fasih berbahasa Jepun dan seorang peminat besar budaya, sejarah dan masyarakat Jepun.

Mendiang Encik Nathan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 22 Ogos pada usia 92 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg