Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Lee akan bercakap tentang kos sara hidup di S'pura, perkara yang bermain di minda rakyat
PM Lee akan bercakap tentang kos sara hidup di S'pura, perkara yang bermain di minda rakyat
PM Lee akan bercakap tentang kos sara hidup di S'pura, perkara yang bermain di minda rakyat
PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau akan bercakap tentang kos sara hidup, termasuk kos bekalan elektrik dan air, kos perubatan dan perumahan di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad nanti.
Perkara ini dekat di hati warga Singapura, kata Encik Lee, bercakap melalui rakaman video di Facebook, pada Jumaat (17 Ogos)
"Kami sedang berusaha gigih, menangani masalah rakyat, dan membuat persiapan untuk terus berkembang," kata Encik Lee, bercakap tentang keadaan dalam negeri.
Mengulas tentang perkembangan antarabangsa pula, Encik Lee berkata Singapura sedang memerhati perubahan di arena dunia dengan teliti.
Encik Lee turut menggesa rakyat mengikuti ucapannya, yang akan disampaikan di ITE Kolej Central di Ang Mo Kio.
Beliau akan memulakan ucapan dalam bahasa Melayu pada 6.45 petang, diikuti ucapan bahasa Mandarin. Ucapan bahasa Inggeris akan disampaikannya pada 8.15 malam.
Rapat umum akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Encik Lee dan di saluran YouTube PMO. www.youtube.com/pmosingapore
Anda juga boleh mengikuti akaun Twitter Encik Lee di www.twitter.com/leehsienloong atau menyertai saluran Telegram beliau di https://t.me/leehsienloong.
