Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee akan berucap mengenai Covid-19 di sini, Isnin 5 petang

Dec 13, 2020 | 6:03 PM
Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong akan berucap mengenai keadaan Covid-19 terkini di Singapura dan jangkaan bagi tahun depan. -
Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong akan berucap mengenai keadaan Covid-19 terkini di Singapura dan jangkaan bagi tahun depan. - - FOTO: MCI

PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong akan berucap kepada negara pada 5 petang Isnin (14 Dis) mengenai keadaan Covid-19 terkini di Singapura dan jangkaan bagi tahun depan.

Pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian bagi menangani pandemik itu - Menteri Kesihatan Encik Gan Kim Yong dan Menteri Pendidikan Encik Lawrence Wong - akan mengadakan sidangan media sejurus selepas ucapannya, tulis Encik Lee dalam satu pos di Facebook.

Ucapannya akan disiarkan secara langsung di CNA dan rangkaiannya di Facebook, YouTube dan CNA938.

"Tapi harap bertenang - tidak perlu stok barang (keperluan)!" tulis beliau.

PM Lee telah membuat beberapa ucapan tahun ini mengenai langkah Singapura menangani pandemik Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg