Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee akan hadiri persemadian negara mantan PM Jepun mendiang Shinzo Abe

Sep 10, 2022 | 5:30 AM
BERSIHKAN PANTAI: Encik Mohd Fahmi Aliman (kiri) bersama relawan Sharifah Sheikha Haroon Aljunied dan anaknya, Encik Daniyal Rashad Mohammad Yusri, mengutip sampah di pantai East Coast semasa kegiatan membersihkan pantai anjuran CDC South East pada Sabtu (17 Sep). - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN
BERSIHKAN PANTAI: Encik Mohd Fahmi Aliman (kiri) bersama relawan Sharifah Sheikha Haroon Aljunied dan anaknya, Encik Daniyal Rashad Mohammad Yusri, mengutip sampah di pantai East Coast semasa kegiatan membersihkan pantai anjuran CDC South East pada Sabtu (17 Sep). - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN -

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menghadiri persemadian negara bagi mantan perdana menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, pada 27 September di Tokyo.

Setiausaha Akhbar Encik Lee, Cik Chang Li Lin, berkata demikian semalam sebagai respons kepada pertanyaan media.

Ini persemadian negara pertama yang dianjurkan bagi tokoh politik Jepun sejak 1967.

Saluran televisyen NHK sebelum ini melaporkan kerajaan Jepun sedang membuat persediaan bagi penyertaan kira-kira 6,400 orang dalam persemadian negara bagi Encik Abe, termasuk pegawai tinggi dari luar negara.

Persemadian negara Encik Abe akan menjadi yang kedua diadakan sejauh ini bagi seorang mantan perdana menteri di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.

Persemadian pertama diadakan pada 1967 bagi Encik Shigeru Yoshida.

Mendiang Encik Abe, 67 tahun, ditembak pada 8 Julai di bandar Nara, Jepun, semasa berucap dalam kempen pilihan raya.

Pembunuhnya, Tetsuya Yamagami, mendekati tokoh politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter.

Mendiang Encik Abe, yang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Perubatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg