Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee akan lawat Jerman, temu Canselor Scholz

Dec 12, 2022 | 5:30 AM
Orang ramai menggunakan bot untuk melalui kawasan banjir di Kuala Terengganu, Malaysia. Di Terengganu, pihak berkuasa menyatakan jumlah penduduk yang berlindung di 112 pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 15,243 mangsa berbanding 20,552 mangsa pada Jumaat malam,
Orang ramai menggunakan bot untuk melalui kawasan banjir di Kuala Terengganu, Malaysia. Di Terengganu, pihak berkuasa menyatakan jumlah penduduk yang berlindung di 112 pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 15,243 mangsa berbanding 20,552 mangsa pada Jumaat malam, - EPA-EFE

PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan rasmi ke Jerman pada minggu ini dan menghadiri sidang puncak peringatan ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) di Brussels.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Encik Lee akan melawat Kiel - sebuah bandar pelabuhan di utara negara itu pada hari ini dan Selasa, di mana beliau akan mengadakan pertemuan dengan Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz.

PM Lee juga akan merasmikan pelancaran dua kapal selam Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), iaitu Illustrious dan Impeccable, dalam upacara yang akan turut dihadiri oleh Encik Scholz.

PMO berkata Encik Lee akan diiringi oleh isterinya, Cik Ho Ching; Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Turut serta adalah para pegawai dari PMO, Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan RSN.

Dalam kenyataan itu lagi berkata, pada Rabu pula, Encik Lee akan menghadiri sidang puncak yang bakal melibatkan pemimpin ASEAN dan Kesatuan Eropah EU sekali gus buat julung-julung kalinya.

"Sidang puncak peringatan itu sempena menandakan 45 tahun hubungan dialog ASEAN-EU dan menyediakan peluang bagi kedua-dua pihak untuk membincangkan cara mengukuhkan lagi hubungan ASEAN-EU," menurut PMO.

Di Brussels, Encik Lee akan diiringi isterinya dan Dr Balakrishnan serta pegawai dari PMO dan MFA.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan memangku jawatan Perdana Menteri sepanjang Encik Lee berada di luar negara dari 12 hingga 16 Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg