PM Lee antara tokoh pemerintah, niaga bakal sertai Forum Ekonomi Baru Bloomberg di S'pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee antara tokoh pemerintah, niaga bakal sertai Forum Ekonomi Baru Bloomberg di S'pura

Oct 13, 2021 | 5:30 AM

PM Lee antara tokoh pemerintah, niaga bakal sertai Forum Ekonomi Baru Bloomberg di S'pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
b6178087-7e7a-4e37-a0ff-ce5c8ffa264c
-

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong, Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat Gina Raimondo dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok Chew Shou Zi antara tokoh yang akan menghadiri Forum Ekonomi Baru Bloomberg secara langsung di Singapura dari 16 hingga 19 November.

Forum itu, yang mengumpulkan ahli perniagaan terkemuka dan pemimpin pemerintah bagi membincangkan cabaran global, diadakan secara maya tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19.

Dilancarkan hartawan media Amerika Michael Bloomberg pada 2018, forum itu dipindahkan ke sini dari Beijing tahun itu di tengah-tengah ketegangan perang dagang Amerika Syarikat-China.

China menjadi tuan rumah forum tersebut pada 2019. Lebih 300 pemimpin negara dahulu dan semasa, pemimpin sektor awam dan CEO global dari 51 negara dijangka hadir tahun ini.

Tetamu lain termasuk mantan setiausaha perbendaharaan Amerika Lawrence Summers, mantan setiausaha negara Amerika Henry Kissinger, pengerusi Tata Sons Natarajan Chandrasekaran, ketua Mastercard Michael Miebach, CEO Goldman Sachs David Solomon, Presiden Kumpulan NYSE Stacey Cunningham, ketua UBS Axel Weber, CEO PayPal Dan Schulman, dan Presiden Panama Laurentino Cortizo.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata forum itu adalah acara penting bagi Singapura, dan negara ini juga gembira dapat menjadi tuan rumahnya secara fizikal meskipun di tengah pandemik in, lapor The Straits Times.

Acara ini mengesahkan peranan Singapura sebagai tempat utama bagi acara perniagaan terkemuka dan titik pertemuan global bagi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) dan perniagaan, ujarnya.

"Pemerintah akan terus mendukung industri Mice sedang ia menyesuaikan diri dan berubah untuk memanfaatkan peluang baru dan peluang perniagaan

"Kami bekerjasama dengan pasukan Bloomberg untuk memastikan sebuah forum selamat dan bermanfaat," kata Encik Gan.

Forum tahun ini akan berkisar pada tema 'Membangun Semula Ekonomi Global, Berinovasi Daripada Krisis' dan 'Melayari Dunia Berpecah belah', serta kewangan, iklim, perdagangan, bandar dan kesihatan.

Penganjur sedang bekerjasama dengan pemerintah tentang protokol bagi menyediakan persekitaran selamat bagi peserta, kata Bloomberg Media dalam satu kenyataan mengenai program dan peserta yang dikemas kini, semalam.

Peserta yang hadir secara langsung perlu diberi vaksin sepenuhnya terhadap Covid-19 dan menjalani ujian praacara wajib setiap hari.

Langkah-langkah lain termasuk daftar masuk SafeEntry menggunakan TraceTogether, memakai pelitup dan menjaga jarak selamat satu meter antara individu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg