Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee beri jaminan pemerintah bantu pekerja asing harungi tempoh sukar

Apr 16, 2020 | 12:42 PM
BERI JAMINAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, merakamkan penghargaan kepada pekerja asing di sini telah telah bertungkus-lumus membangunkan negara ini, dan memberi komitmen "untuk bekerja bersama mereka, terutamanya yang menginap di dormitori, agar mereka dapat mengharungi tempoh sukar ini"
BERI JAMINAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, merakamkan penghargaan kepada pekerja asing di sini telah telah bertungkus-lumus membangunkan negara ini, dan memberi komitmen "untuk bekerja bersama mereka, terutamanya yang menginap di dormitori, agar mereka dapat mengharungi tempoh sukar ini" - THE STRAITS TIMES

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, merakamkan penghargaan kepada pekerja asing di sini telah telah bertungkus-lumus membangunkan negara ini, dan memberi komitmen "untuk bekerja bersama mereka, terutamanya yang menginap di dormitori, agar mereka dapat mengharungi tempoh sukar ini".

Dalam catatan di Facebook sebentar tadi Encik Lee berkata, kebanyakan kes Covid-19 di sini melibatkan pemegang permit kerja yang menginap di dormitori.

"Pekerja asing telah membantu kita membangunkan bandar-bandar HDB, laluan MRT, lapangan terbang dan pelabuhan. Ada pekerja bekerja dalam giliran malam di kilang-kilang kita. Ada pula menjaga warga kita yang sakit dan warga emas di hospital dan pusat penjagaan. Ratusan isi rumah Singapura bergantung kepada pembantu rumah asing dari negara-negara jiran.

"Kami amat mengharhai sumbangan mereka, dan kefahaman dan kerjasama yang diberikan sedang kita menangani Covid-19. Kami akan bekerja bersama-sama mereka, terutamanya mereka yang menginap di dormitori, agar mereka dapat mengharungi tempoh sukar ini," kata Encik Lee.

Semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 447 kes jangkitan koronavirus baru, jumlah tertinggi yang dilaporkan dalam sehari, dengan kebanyakannya melibatkan pemegang pas kerja yang tinggal di asrama.

Daripada keseluruhan kes yang didedahkan malam tadi, sejumlah 404 kes melibatkan pemegang pas kerja yang tinggal di asrama, manakala lima melibatkan mereka yang tinggal di luar asrama, kata MOH.

Secara kesuluruhan, Singapura sejauh ini menghadapi 3,699 kes jangkitan koronavirus sejauh ini.

Kelmarin, Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, telah menerangkan strategi tiga serampang untuk menangani masalah penularan Covid-19 di kalangan pekerja warga asing; membendung penularan secara aktif, menghentikan pembentukan kelompok baru, dan mengasingkan pekerja dalam perkhidmatan utama.

Kami telah mengerahkan pasukan FAST (Pasukan Sokongan Jaminan Barisan Depan) di semua dormitoru bagi menyokong operasi ini. Kami juga mengerahkan pasukan perubatan untuk menelitinya, untuk menjaga kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja ini.

"Banyak kementerian kini bekerja rapat demi memastikan kesejahteraan pekerja, dan membantu yang sakit untuk pulih," kata Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg