PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan memberikan kemaskini mengenai keadaan Covid-19 di Singapura menerusi ucapan di televisyen esok pada 11 pagi, katanya dalam satu pos Facebook pada Rabu (23 Mac).

"Situasi Covid-19 kami telah bertambah baik, dengan gelombang Omicron semakin berkurangan. Rakyat Singapura secara beransur-ansur belajar untuk hidup dengan virus itu.

"Saya akan berucap mengenai keadaan kami dan langkah seterusnya, dalam siaran langsung pada 11 pagi esok," tulis beliau.

Ucapannya - yang merupakan kesembilan sejak pandemik bermula pada 2020 - akan disiarkan secara langsung di laman web, Facebook dan saluran YouTube The Straits Times.

Ia juga boleh didapati di Facebook Encik Lee dan saluran Mediacorp.