Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee beri persetujuan CPIB siasat Menteri Iswaran

Jul 12, 2023 | 9:46 AM
BERI PERSETUJUAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, kini sedang membantu CPIB dalam siasatan.
BERI PERSETUJUAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, kini sedang membantu CPIB dalam siasatan. - Foto MCI

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata pengarah Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) telah memberi taklimat kepadanya mengenai kes rasuah yang dibongkar biro itu, dan meminta persetujuannya untuk membuka siasatan rasmi melibatkan Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, dan beberapa orang lain.

“Saya telah memberi persetujuan saya kepada Pengarah CPIB pada 6 Julai 2023, berikutan itu siasatan rasmi bermula pada 11 Julai 2023. Menteri Iswaran kini sedang membantu CPIB dalam siasatan, yang sedang berjalan,” katanya.

Encik Lee menambah bahawa beliau telah mengarahkan Encik Iswaran untuk mengambil cuti sehingga siasatan selesai.

Dalam ketiadaan Encik Iswaran, Menteri Negara Kanan, Encik Chee Hong Tat, akan menjadi Pemangku Menteri Pengangkutan, kata Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg