Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee dan menteri lain akan berucap tentang masa depan pasca Covid-19 di satu siri siaran nasional

Jun 6, 2020 | 4:37 PM
Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melancarkan siri siaran baru pada 7 Jun.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melancarkan siri siaran baru pada 7 Jun. - Kementerian Perhubungan dan Penerangan

Satu siri siaran nasional mengenai masa depan Singapura pasca Covid-19 dan rancangan mengharungi cabaran semasa serta muncul lebih kukuh daripada pandemik ini akan disampaikan oleh para pemimpin negara di televisyen, mulai esok (7 Jun) hingga 20 Jun.

Pemimpin negara itu termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong; Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat; Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean dan Encik Tharman Shanmugaratnam; Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing; dan Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini (6 Jun).

Mereka antara lain akan bercakap tentang apakah yang harus dilakukan rakyat untuk hidup dalam situasi Covid-19 bagi jangka panjang; bagaimana memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing; bagaimana mewujudkan peluang bagi semua rakyat berjaya dan menjaga golongan lebih mudah terjejas, dan bagaimana setiap orang boleh bekerjasama untuk muncul lebih kukuh daripada krisis pandemik ini.

Encik Lee akan melancarkan siri itu esok dengan menyentuh tentang tema 'Mengatasi Krisis sebuah Generasi'.

Warga Singapura juga boleh menonton siaran itu di pelbagai wadah dalam talian pemerintah termasuk Gov.sg website, Facebook, saluran YouTube dan Twitter.

Ucapan Encik Lee dan Encik Heng akan diterbitkan di akaun Facebook mereka serta saluran PMO YouTube.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg