Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee di sidang Apec: Aliran perdagangan perlu kekal bebas, terbuka

Nov 18, 2022 | 9:38 PM
PM Lee di sidang Apec, Bangkok
PM Lee di sidang Apec, Bangkok - AFP

BANGKOK: Pandemik Covid-19 menunjukkan tidak ada ekonomi yang boleh dilihat serba mencukupi, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, sambil menyeru agar aliran perdagangan bebas dan terbuka diteruskan. Dengan prospek ekonomi sedunia yang terus tidak menentu, anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) mesti bekerjasama untuk menggalakkan pertumbuhan yang mampan dan inklusif, katanya di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec ke-29 di Bangkok, Thailand, pada Jumaat (18 Nov).

PM Lee berkata ketegangan geopolitik, inflasi dan gangguan rantaian bekalan menimbulkan risiko baru, manakala isi rumah berpendapatan rendah dan syarikat kecil dan sederhana (SME) paling teruk terjejas. Singapura akan terus memimpin Pelan Tindakan Rangka Kerja Keterhubungan Rantaian Bekalan Apec, dan anggota Apec harus bekerjasama untuk meningkatkan daya tahan dan keterbukaan rantaian bekalan global, tambahnya. PM Lee bercakap kepada rakan pemimpin semasa sesi pertama sidang puncak dua hari itu, yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan seimbang, inklusif dan mampan. Apec terdiri daripada 21 negara anggota yang menyumbang hampir separuh daripada perdagangan global dan lebih daripada 60 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg