Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee diberi kepungan kehormat dipertingkat di Pentagon

Aug 2, 2016 | 7:26 AM
Encik Lee Hsien Loong dihoskan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Ashton Carter, pada 1 Ogos di Pentagon, di mana beliau diterima dengan kepungan kehormat dipertingkat terdiri daripada askar lelaki dan wanita daripada semua lima perkhidmatan bersenjata.
Encik Lee Hsien Loong dihoskan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Ashton Carter, pada 1 Ogos di Pentagon, di mana beliau diterima dengan kepungan kehormat dipertingkat terdiri daripada askar lelaki dan wanita daripada semua lima perkhidmatan bersenjata. - GAMBAR THE STRAITS TIMES

WASHINGTON: Perdana Menteri Lee Hsien Loong disambut dengan kepungan kehormat dipertingkat di Pentagon pada Isnin (1 Ogos, Selasa waktu Singapura) apabila beliau tiba untuk mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Ash Carter.

Kepungan kehormat, yang merangkumi kawalan kehormat dan pancaragam tentera Amerika Syarikat memainkan lagu kebangsaan negara pelawat, dikhaskan untuk sekutu rapat Amerika.

Encik Lee mengadakan beberapa mesyuarat dengan para pegawai pentadbiran Amerika pada Isnin. Selain Setiausaha Carter, beliau menemui Setiausaha Perbendaharaan Jacob Lew dan Setiausaha Perdagangan Penny Pritzker. Beliau juga akan berucap dalam satu majlis anjuran Dewan Amerika.

Perdana Menteri sebelum ini meletak kalungan bunga di Makam Askar Tidak Diketahui di Perkuburan Nasional Arlington. Upacara ini bermula dengan penghormatan 19 tembakan meriam.

Encik Lee berada di Amerika bagi satu lawatan rasmi dan akan diberi satu jamuan malam negara oleh Presiden Barack Obama di Rumah Putih pada Selasa (pagi Rabu waktu Singapura).

Beliau diiringi Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Perdagangan dan Peruusahaan (Industri) S. Iswaran, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing, dan Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung.

Tiga Anggota Parlimen (AP) juga dalam delegasi beliau: Encik Christopher de Souza, Cik Rahayu Mahzam dan AP Dilantik (NMP) Chia Yong Yong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg