Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Lee: Ekon, produktiviti S'pura terus catat kemajuan baik
Penyusunan semula ekonomi negara, jika berjalan lancar, akan jadikan negara ini dalam kedudukan lebih kukuh dalam sedekad mendatang
Jan 12, 2019 | 5:30 AM
PM Lee: Ekon, produktiviti S'pura terus catat kemajuan baik
EKONOMI dan pertumbuhan produktiviti Singapura telah mencatat kemajuan baik dalam tempoh lapan tahun negara ini menjalani penyusunan semula ekonomi, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Namun begitu, beliau berkata usaha mempertingkat pertumbuhan ekonomi dan produktiviti negara serta peningkatan pekerja masih belum selesai dan jika Singapura melakukan tugas yang betul, negara ini akan berada dalam kedudukan lebih kukuh dalam sedekad mendatang.