SPH Logo mobile
Langgan|

PM Lee: Ekonomi S'pura jangka tumbuh sihat, namun boleh dijejas ketegangan dagang

PM Lee: Ekonomi S'pura jangka tumbuh sihat, namun boleh dijejas ketegangan dagang

Apr 30, 2018 | 6:54 PM

PM Lee: Ekonomi S'pura jangka tumbuh sihat, namun boleh dijejas ketegangan dagang

FOTO: Fail
FOTO: Fail -

SINGAPURA boleh menjangkakan pertumbuhan ekonomi sihat tahun ini, tetapi prospek ekonomi global boleh dikeruhkan dengan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Dalam amanat Hari Buruhnya semalam, PM Lee berkata Singapura sedang memerhatikan perkembangan ini dengan rasa khuatir kerana perdagangan ialah nadi ekonomi negara ini.

"Perang dagang akan menjejas sistem perdagangan antarabangsa yang telah mengekalkan pertumbuhan ekonomi dunia selama berdekad-dekad.

"Walau apa pun berlaku di peringkat antarabangsa, kita di dalam negara harus bersatu hati sebagai sebuah Pasukan Singapura supaya pekerja dijaga dan kita sentiasa bersedia untuk memanfaatkan setiap peluang mahupun berdepan dengan sebarang kegenjotan yang timbul," ujar PM Lee.

Katanya lagi, tahun lalu, Singapura mencapai pertumbuhan ekonomi Singapura 3.6 peratus - satu pencapaian baik bagi sebuah ekonomi maju.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg