ASEAN perlu terus memperkukuh kerjasama meskipun sedang negara masing-masing kini berusaha memulih ekonomi yang terjejas dek Covid-19, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Kerjasama ini boleh dilakukan dalam tiga bidang - mengongsi teknologi untuk mengekang pandemik, mendapatkan bekalan rawatan dan vaksin, serta mengelakkan kesan buruk dalam ekonomi, kata Encik Lee.