Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee hadiri persemadian negara Abe di Tokyo esok, DPM Wong Pemangku PM

Sep 26, 2022 | 5:30 AM
47562c77-bc11-4cb3-846b-25cb7fc61ea9
-

PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong akan menghadiri persemadian negara bagi mantan perdana menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, esok di Tokyo, Jepun.

Beliau akan diiringi isterinya, Cik Ho Ching dan pegawai daripada Kementerian Ehwal Luar (MFA), menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong akan menjadi Pemangku Perdana Menteri dari hari ini hingga esok.

Mendiang Encik Abe, 67 tahun, ditembak pada 8 Julai di bandar Nara, Jepun, semasa berucap dalam kempen pilihan raya.

Pembunuhnya, Tetsuya Yamagami, mendekati tokoh politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter.

Mendiang Encik Abe, yang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Perubatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg