Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Lee harap lebih ramai dapat manfaat program lasak OBS
Pada 1967, Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang ketika itu pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, menyertai program 17 hari Outward Bound Singapore (OBS). Semalam, beliau mengongsi pengalamannya menerusi Facebook selepas mengadakan kunjungan ke OBS di Pulai Ubin kelmarin sempena ulang tahun OBS ke-50.
1 of 2
PM Lee harap lebih ramai dapat manfaat program lasak OBS
PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata Outward Bound Singapore (OBS) telah mencorak kehidupan ramai anak-anak Singapura termasuk dirinya sendiri.
Dalam kiriman di Facebook semalam Encik Lee berkata pengalaman yang ditawarkan OBS amat mencabar dan bernilai - anak muda dibimbing supaya tahan lasak di sekitaran luar dan belajar agar lebih kuat dan gigih.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
