Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee, Ho Ching bakal terima anugerah daripada Sultan Brunei

Jul 15, 2022 | 5:30 AM
PENGIKTIRAFAN DIRAJA: Encik Lee akan menerima anugerah Darjah Kerabat Laila Utama dan Cik Ho Ching pula bakal menerima anugerah Darjah Paduka Seri Laila Jasa - Kelas Pertama daripada Sultan Hassanal Bolkiah. - Foto MCI
PENGIKTIRAFAN DIRAJA: Encik Lee akan menerima anugerah Darjah Kerabat Laila Utama dan Cik Ho Ching pula bakal menerima anugerah Darjah Paduka Seri Laila Jasa - Kelas Pertama daripada Sultan Hassanal Bolkiah. - Foto MCI -

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan isteri, Cik Ho Ching, akan menerima anugerah diraja daripada Sultan Brunei dalam satu upacara khas di negara itu esok.

Encik Lee akan menerima anugerah Darjah Kerabat Laila Utama dan Cik Ho Ching pula bakal menerima anugerah Darjah Paduka Seri Laila Jasa - Kelas Pertama daripada Sultan Hassanal Bolkiah.

Encik Lee, yang sedang mengadakan lawatan kerja di Brunei dari semalam hingga esok, dan Cik Ho, akan menghadiri majlis penyampaian anugerah khas di Istana Nurul Iman, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Encik Lee juga akan menghadiri perayaan hari ulang tahun ke-76 Sultan Hassanal Bolkiah.

Dalam kenyataannya, PMO berkata Encik Lee akan disertai Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman serta para pegawai daripada PMO, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Selain menghadiri Istiadat Pelantikan dan Jamuan Diraja, Encik Lee akan menghadap Sultan dan bertemu beberapa menteri Brunei semasa lawatannya itu.

Semasa di Brunei juga, beliau akan melawat kemudahan latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Temburong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg