Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee Hsien Loong sampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada 22 Ogos

Jul 2, 2021 | 6:00 PM
d983b22d-f1fe-45e8-9a65-4bfe42622aec
-

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pada 22 Ogos di Mediacorp, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya pada Jumaat (2 Julai)

Butiran lanjut, seperti sama ada penonton akan dibenarkan hadir, akan diberikan di masa depan.

Mengikut kebiasaan, NDR digunakan untuk melakar hala tuju masa depan negara, dan juga untuk mengumumkan perubahan dasar.

NDR tidak diadakan tahun lalu akibat penularan Covid-19. Itu adalah kali pertama NDR - yang dianggap ucapan politik paling penting sepanjang tahun - tidak diberikan sejak 1966.

Sebaliknya, Encik Lee telah menyampaikan ucapan utama kepada warga Singapura di Parlimen pada September, selang seminggu ia dibuka semula menyusuli Pilihan Raya Umum (GE) 2020, di mana Parti Tindakan Rakyat memenangi 61.2 peratus undi.

Ucapannya menyentuh beberapa topik semasa pada ketika itu, seperti pandemik, dasar tenaga manusia asing dan landskap politik yang sedang berubah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg