Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee, isteri bakal terima anugerah oleh Sultan Brunei

Jul 14, 2022 | 3:58 PM
ANUGERAH DIRAJA: Encik Lee akan menerima anugerah Darjah Kerabat Laila Utama manakala Cik Ho pula bakal menerima anugerah Darjah Paduka Seri Laila Jasa - Kelas Pertama daripada Sultan Hassanal Bolkiah.
ANUGERAH DIRAJA: Encik Lee akan menerima anugerah Darjah Kerabat Laila Utama manakala Cik Ho pula bakal menerima anugerah Darjah Paduka Seri Laila Jasa - Kelas Pertama daripada Sultan Hassanal Bolkiah. - Foto MCI

PERDANA MENTERI, Encik Lee Hsien Loong dan isterinya, Cik Ho Ching, akan menerima anugerah diraja daripada Sultan Brunei dalam satu upacara khas di negara itu lusa (16 Julai).

Encik Lee akan menerima anugerah Darjah Kerabat Laila Utama manakala Cik Ho pula bakal menerima anugerah Darjah Paduka Seri Laila Jasa - Kelas Pertama daripada Sultan Hassanal Bolkiah.

Encik Lee, yang sedang mengadakan lawatan bekerja ke Brunei dari hari ini hingga lusa, dan Cik Ho, akan menghadiri majlis penyampaian anugerah itu di Istana Nurul Iman, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Encik Lee juga akan menghadiri sambutan hari ulang tahun ke-76 Sultan Hassanal Bolkiah.

Dalam kenyataannya, PMO berkata Encik Lee akan disertai Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, serta pegawai dari PMO, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg