Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee kenang, hargai sumbangan mantan AP Chan Chee Seng

Dec 20, 2022 | 5:30 AM
PENGHORMATAN TERAKHIR: Dalam suratnya itu, Encik Lee memberi penghormatan kepada Encik Chan di atas pelbagai sumbangannya di dalam dan luar politik. - Foto BH oleh DIOS VINCOY JR
PENGHORMATAN TERAKHIR: Dalam suratnya itu, Encik Lee memberi penghormatan kepada Encik Chan di atas pelbagai sumbangannya di dalam dan luar politik. - Foto BH oleh DIOS VINCOY JR -

JIKA tidak kerana sumbangan mantan ahli politik, Encik Chan Chee Seng, Parti Tindakan Rakyat (PAP) mungkin telah hilang pertarungannya dengan mereka yang prokomunis semasa awal tahun parti tersebut, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.

Encik Chan, yang merupakan mantan setiausaha parlimen kanan dan anggota perintis PAP, meninggal dunia Sabtu lalu pada usia 90 tahun, selepas dimasukkan ke hospital akibat radang paru-paru.

Mendiang merupakan mantan Anggota Parlimen (AP) yang lama di kawasan undi Jalan Besar - lebih 20 tahun lamanya.

Dalam surat takziahnya kepada isteri mendiang Encik Chan, Cik Chan Ching Qi, Encik Lee mengimbas usul undian keyakinan pada 1961, di mana pemintasan mendiang Encik Chan penting dalam membantu pemerintah PAP yang sedang berkembang ketika itu untuk menakat.

Encik Lee, yang juga setiausaha agung PAP, menulis bahawa parti bukan komunis itu kurang satu undian untuk ditewaskan dalam undian tersebut yang diadakan di Dewan Perundangan.

"Dengan kesedaran minda yang hebat, Chee Seng bergegas berjumpa Cik Sahorah Ahmat, yang sakit di hospital," tulis Encik Lee, yang menambah bahawa Encik Chan menggesa anggota dewan wanita untuk menyokong usul tersebut.

"Beliau (Cik Sahorah) tiba dalam ambulans, diangkat dengan pengusung ke Dewan Perundangan, dan masuk ke dewan sejurus sebelum pintunya ditutup bagi undian dijalankan," kata Encik Lee.

"Mereka yang prokomunis kemudian kekurangan bilangan undian, dan mengecualikan diri dalam undian itu," kata Encik Lee, yang menambah bahawa pemintasan mendiang Chee Seng membuat perbezaan itu.

Menyusuli undian tersebut, kumpulan prokomunis berpecah untuk menubuhkan Barisan Sosialis.

Ramai setiausaha cawangan PAP berpaling kepada pihak Barisan, yang kemudian menimbulkan kacau-bilau dalam cawangan PAP," kata Encik Lee.

Encik Chan kemudian menemani Encik Lee Kuan Yew untuk mengunjungi cawangan-cawangan tersebut dan mengambil hak PAP, seperti mesin menaip, kerusi dan meja.

Memetik kisah tersebut, mendiang Encik Lee menganggap Encik Chan sebagai mampu menahan ugutan, dalam memoirnya, tulis Encik Lee.

Beliau akur bahawa ketegangan antara mereka yang prokomunis dengan bukan komunis bertambah selepas PAP menubuhkan pemerintah menyusli pilihan raya 1959.

"Seperti ramai yang lain, Chee Seng menghadapi tekanan hebat untuk berpaling tadah," katanya, dengan menekankan bahawa ramai yang beralih, namun Encik Chan, yang diambil Encik S. Rajaratnam untuk menyertai PAP, tidak pernah berbuat demikian.

"Beliau berpendirian dan berani, taat mendalam dan boleh diharapkan."

Dalam suratnya itu, Encik Lee juga memberi penghormatan kepada Encik Chan di atas pelbagai sumbangannya di dalam dan luar politik.

Encik Chan ditempatkan selaku calon dalam pilihan raya majlis bandar pada 1957, dan beliau ditempatkan di Jalan Besar, memenangi salah satu pertarungan paling hebat dengan berkeyakinan, kata Encik Lee.

"Seperti ramai yang lain, Chee Seng menghadapi tekanan hebat untuk berpaling tadah... Beliau berpendirian dan berani, taat mendalam dan boleh diharapkan." - Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam surat takziahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg