Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee: Kumpulan bantu diri etnik masih penting

Sep 18, 2022 | 6:01 PM
PM Lee Hsien Loong (berdiri, tiga dari kanan) meninjau aktiviti sempena Majlis Ulang Tahun CDAC ke-30 dan Rumah Terbuka Ibu Pejabat 2022. Foto GIN TAY
PM Lee Hsien Loong (berdiri, tiga dari kanan) meninjau aktiviti sempena Majlis Ulang Tahun CDAC ke-30 dan Rumah Terbuka Ibu Pejabat 2022. Foto GIN TAY -

KUMPULAN bantu diri berasaskan etnik seperti Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC) masih merupakan sumber bantuan penting bagi keluarga berpendapatan rendah kerana mereka dapat menyesuaikan program yang paling relevan kepada benefisiari mereka. Berucap di Rumah Terbuka Ulang Tahun ke-30 CDAC pada Ahad (18 Sep), Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata dari masa ke masa, orang ramai bertanya mengapa kumpulan etnik sedemikian, yang juga termasuk Yayasan Mendaki, Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) dan Persatuan Serani (EA), masih relevan kepada masyarakat berbilang kaum Singapura. Encik Lee menerangkan, sedang pemerintah menyediakan bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah tanpa mengira etnik, kumpulan bantu diri ini - yang dibiayai pemerintah dan sumbangan masyarakat sebanyak 50 sen hingga $3 setiap pekerja setiap bulan - mampu memberi sokongan tambahan dan menangani isu tanpa menimbulkan sensitiviti kaum atau agama. Kumpulan itu juga memberi peluang bagi warga Singapura yang lebih berada untuk menyokong anggota masyarakat mereka sendiri, kata Encik Lee di ibu pejabat CDAC di Tanjong Katong. Beliau menambah: "Ia adalah dorongan semula jadi manusia, dan ia mengeratkan ikatan antara anggota masyarakat. "Ia membina rasa berdikari dan bangga dalam masyarakat, yang melengkapi identiti Singapura mereka."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg