Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee kunjung bazar Geylang Serai

Apr 28, 2022 | 5:30 AM
KUNJUNGI BAZAR: PM Lee yang mengunjungi bazar Geylang Serai malam Isnin telah mengambil gambar gerai selain bergambar dengan pengunjung dan pegerai. - Foto-foto FACEBOOK SYAH IBRAHIM
KUNJUNGI BAZAR: PM Lee yang mengunjungi bazar Geylang Serai malam Isnin telah mengambil gambar gerai selain bergambar dengan pengunjung dan pegerai. - Foto-foto FACEBOOK SYAH IBRAHIM -

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah berkongsi suasana yang dilihatnya semasa mengunjungi bazar Geylang Serai malam Isnin yang lalu.

Menulis di Facebooknya, Encik Lee berkata:

"Pergi #jalanjalan di bazar Ramadan Geylang Serai malam tadi.

"Saya gembira suasana perayaan di bazar kini kembali setelah dua tahun menyepi. Meskipun skalanya lebih sederhana, ramai orang yang keluar membeli-belah bagi keperluan Hari Raya dan menikmati makanan.

"Jika anda belum lagi mengunjungi bazar, ia dibuka setiap hari sehingga malam Hari Raya Puasa pada 2 Mei".

Tahun ini, Orange Travel memenangi tender yang ditawarkan Wisma Geylang Serai untuk mengendalikan bazar Hari Raya di premis itu.

Saiz bazar kali ini lebih kecil berbanding yang lalu memandangkan ancaman Covid-19 masih wujud - terdapat hanya 40 gerai yang menawarkan produk gaya hidup hingga ke makanan.

Pelbagai langkah pengurusan selamat perlu dilaksanakan termasuk membahagikan bazar itu kepada dua zon dan mengawal bilangan pengunjung dalam setiap zon.

Semua pengunjung juga perlu sudah divaksinasi sepenuhnya sebelum dibenarkan masuk.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg