Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee kunjungi tapak ujian swab Covid-19 di AMK

Jul 26, 2021 | 5:30 AM
SAPA PENDUDUK: PM Lee berbual dengan penduduk yang telah menjalani ujian swab di laluan berbumbung dekat Blok 460A Ang Mo Kio Avenue 10 semalam. Kelmarin, beliau menggalak warga emas yang belum mendapatkan vaksin Covid-19 supaya mendapatkannya dengan segera agar tidak terlewat. - Foto BH oleh LIM YAOHUI
SAPA PENDUDUK: PM Lee berbual dengan penduduk yang telah menjalani ujian swab di laluan berbumbung dekat Blok 460A Ang Mo Kio Avenue 10 semalam. Kelmarin, beliau menggalak warga emas yang belum mendapatkan vaksin Covid-19 supaya mendapatkannya dengan segera agar tidak terlewat. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah mengunjungi tapak ujian sementara di Blok 460A Ang Mo Kio Avenue 10 pada sekitar 12.20 tengah hari semalam.

Ujian swab wajib telah dikenakan bagi penduduk Blok 456 Ang Mo Kio Avenue 10 bermula pagi kelmarin.

Beliau antara Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio yang telah bertemu dan berbual bersama penduduk, penjual dan kakitangan swab dan pulang pada sekitar 1 tengah hari.

Kementerian Kesihatan (MOH) masih menyiasat penularan virus Covid-19 di kawasan itu setelah lapan kes positif dikesan daripada empat isi rumah.

Kebanyakan kes itu berkaitan dengan Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) dan sisatan epidemiologi masih dijalankan, kata MOH kelmarin.

Pemilik dan kakitangan di unit komersial di Blok 456 juga harus menjalani ujian swab.

Ujian swab tersebut tidak wajib bagi sesiapa yang telah diuji negatif jangkitan Covid-19 dari 20 Julai.

Antara yang telah menjalani ujian swab itu ialah Cik Adeline Lum, 43 tahun, yang telah tiba di tapak ujian itu pada sekitar 10.45 pagi.

"Kami harus menjaga keselamatan dan memainkan peranan individu, Di rumah saya, kami ada seorang warga tua, iaitu tuan tanah kami. Jadi kami harus lebih berhati-hati," ujar beliau.

Menurutnya, tuan rumahnya itu belum divaksin. Namun, penduduk lain di rumah itu semuanya telah menerima vaksin.

MOH berkata untuk mengesan kes tidak menunjukkan simptom dalam masyarakat, mereka juga akan melakukan ujian swab Covid-19 secara relawan bagi pengunjung yang telah berinteraksi bersama penduduk Blok 456 Ang Mo Kio Avenue 10 dari 9 hingga 23 Julai.

Ujian itu akan dilakukan secara jadual tetap sahaja di pusat pemeriksaan serantau dari Sabtu hingga hari ini di tapak sementara Blok 460A Ang Mo Kio Avenue 10 dari 9 pagi hingga 4 petang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg