Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, melahirkan rasa gembira dengan persembahan pasukan Team Singapore di Sukan SEA Hanoi, Vietnam, setakat ini.

Encik Lee yang baru pulang dari Sidang Puncak Khas Asean-Amerika Syarikat di Washington berkata:

"Saya sudah pulang dan sedang membaca perkembangan terkini Sukan SEA.

"Gembira membaca bahawa para atlet Team Singapore telah menunjukkan persembahan baik di Hanoi sejauh ini, dan mencapai beberapa rekod Sukan SEA, rekod nasional dan pencapaian peribadi terbaik."

"Kita juga sudah melihatkan adik-beradik Quah mencapai empat pingat emas dalam kolam renang.

"Teruskan usaha dan usah mengalah!

"Singapura berdiri di belakang anda!," tulis beliau dalam satu catatan Facebook pada Isnin (16 Mei).