PM Lee lancar buku tentang isu penuaan di S'pura
Apr 12, 2023 | 5:30 AM
PELANCARAN BUKU: Encik Lee (dua dari kanan) melancarkan buku 'Singapore Ageing: Issues and Challenges Ahead' oleh Profesor Emeritus NUS Dr S. Vasoo (kanan) di majlis yang diadakan di Rumah Alumni Yayasan Shaw, pada Selasa. Bersama mereka adalah Profesor Madya Bilveer Singh (kiri) dari Jabatan Sains Politik dan Pengerusi dan Ketua Pengarang Sains Dunia, Dr Phua Kok Khoo (dua dari kiri). - Foto ST -
PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Selasa, melancarkan buku yang antara lain meneroka cabaran yang dihadapi negara dengan penduduknya kian menua.
Berjudul Singapore Ageing: Issues and Challenges Ahead, buku itu disunting oleh tokoh akademik dari Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan (FASS), Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr S. Vasso, Profesor Madya Bilveer Singh dan Profesor Madya Srinivasan Chokkanathan.
Pelancaran buku itu diadakan di Alumni House Yayasan Shaw di NUS.

